Maklumat

Pengenalan

Pengenalan

admin

February 12th, 2013

0 Comments

Kelab Penyokong The Red Warriors Kuala Lumpur Malaysia (TRW KL) adalah sebuah pertubuhan rekreasi bertaraf kebangsaan dan berdaftar di bawah Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia.

Semenjak kebelakangan ini sukan bolaspeak Malaysia adalah merupakan sukan yang terugguk dan paling diminati oleh rakyat Malaysia, manakala Pasukan Bolasepak Kelantan (The Red Warriors) adalah merupakan pasukan yang tersohor dan mempunyai paling ramai penyokong.

Kesinambungan daripada itu, pihak kami telah mengambil satu inisiatif yang positif dengan menubuhkan Kelab Penyokong The Red Warriors Kuala Lumpur Malaysia (TRW KL) supaya ianya selari dengan kehendak kerajaan dan kemajuan sukan negara.

Tujuan utama penubuhan kelab adalah untuk menyatupadukan semua penyokong Pasukan Bolasepak Kelantan terutama ahli yang berdaftar dan penyokong bolasepak Malaysia supaya berada di atas satu landasan yang sah di sisi perlembagaan Pertubuhan Persatuan Malaysia.

Antara objektif penting TRW KL adalah untuk menerap nilai-nilai murni kepada semua ahli kelab penyokong TRW KL supaya memberi sokongan secara lebih berhemah dan berdisiplin demi memartabatkan lagi semangat kesukanan Malaysia.

Demi merealisasikan tujuan asal penubuhan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan, pihak TRW KL turut melakukan kolaborasi dengan badan-badan, syarikat-syarikat dan kedai-kedai perniagaan untuk memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau pun faedah-faedah kepada ahli TRW KL.

TRW KL juga telah mewujudkan laman web http://trwklfanclub.org ini sebagai satu wadah untuk berhubungan dengan ahli dan penyokong The Red Warrior melalui internet. Bagi pengguna Facebook dan Twitter, TRW KL juga telah membangunkan laman Facebook dan Twitter untuk mengembangkan lagi jaringan sosial kami.

Buat masa ini, TRW KL telah membuka keahlian untuk orang ramai yang berminat dan keahlian ini akan memberikan banyak faedah kepada ahli-ahli berdaftar. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan untuk mengeratkan hubungan di antara pemain-pemain bola sepak Kelantan dan penyokong.

Untuk maklumat lanjut mengenai TRW KL, sila layari pautan berikut:

  • Carta Organisasi/ Badan Pengurusan
  • Keahlian dan Faedah Ahli
  • Kedai/ Outlet Perniagaan Terlibat
  • Aktiviti